Tips – Exam Pegawai Tadbir Diplomatik – 12 MEI 2012

SEKSYEN C – PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP ESEI-ESEI

Masa : 35 minit
Bilangan Soalan : 20 soalan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan 4 petikan esei yang mengandungi antara 300 hingga 400 perkataan setiap satu; 2 dalam Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap esei mengemukakan 5 soalan yang menguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei berkenaan. Bagi esei-esei dalam Bahasa Melayu soalan-soalan adalah dalam Bahasa Melayu. Bagi esei-esei Bahasa Inggeris soalan-soalan adalah dalam Bahasa Inggeris.

Soalan-soalan berasaskan kepada esei yang dikemukakan dan bukan
pengetahuan atau pengalaman calon. Soalan-soalan tertumpu kepada perkara-perkara berikut:

(i) Perkara yang penting yang dinyatakan atau tujuan utama esei;
(ii) Penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas dari esei;
(iii) Kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau ditempelak
dari esei;
(iv) Aliran pemikiran dan asas-asas perbahasaan penulis;
(v) Perasaan penulis sama ada menyokong atau menolak, memberi
pendapat yang bebas suka/duka dan sebagainya

Untuk panduan dan rujukan lengkap peperiksaan ptd,sila dapatkannya segera di sini :

—> http://bit.ly/tipsexamptd 

Jaminan wang dikembalikan sekiranya ia tidak membantu anda dalam peperiksaan dan juga update percuma selama 5 tahun jika anda dipanggil lagi untuk peperiksaan ptd akan datang.

—> http://bit.ly/tipsexamptd  

559404 422435447774086 129751703709130 1573096 1170211647 n Tips   Exam Pegawai Tadbir Diplomatik   12 MEI 2012

TM tawar 300 peluang kerja lepasan IPT

2012/04/07

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menawarkan 300 peluang pekerjaan kepada orang ramai terutama pelajar lepasan institut pengajian tinggi (IPT) sempena penganjuran TM Career & Education Fair yang diadakan di ibu pejabatnya bermula semalam.

Acara tiga hari itu adalah pertama kali dianjurkan syarikat telekomunikasi terkemuka negara itu dan ia bertujuan memberi pendedahan mengenai operasi TM dan anak syarikatnya kepada orang ramai dan pada masa yang sama mempromosikan syarikat itu sebagai majikan pilihan. Pengerusinya, Datuk Dr Halim Shafie berkata setakat ini pihaknya menerima sambutan yang memberangsangkan terhadap acara itu dengan menerima permohonan kerja kira-kira 75,000 permohonan menerusi dalam talian.

Katanya, TM menyasarkan kira-kira 10,000 orang akan mengunjungi acara itu yang akan berakhir Ahad ini.

“Penganjuran TM Career & Education Fair yang pertama ini adalah untuk mengenengahkan peluang pekerjaan yang terdapat di TM. Dengan lebih 300 jawatan kosong, kami mencari calon yang berpotensi bagi mengisi kekosongan ini,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian pembukaan acara itu oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa.

Terdahulu, Saifuddin juga menyeru pelajar IPT supaya menggunakan sepenuhnya masa belajar di pusat pengajian masing-masing dengan memahami bidang yang dipelajari dan juga cuba mendapatkan kemahiran tambahan seperti pengurusan dengan menyertai kegiatan kokurikulum.
Beliau berkata ramai majikan kini mencari calon yang bukan saja mempunyai latar belakang akademik yang baik tetapi juga mempunyai kemahiran tambahan seperti kebolehan berkomunikasi dengan baik dan mempunyai keyakinan yang tinggi.

Mengenai perkembangan perkhidmatan perkomputeran awan, Zamzamzairani berkata pihaknya menjangkakan jumlah pelanggan yang melanggan perkhidmatan itu akan terus meningkat pada masa depan.

Beliau berkata ketika ini kira-kira 20 pelanggan yang terdiri daripada 2,000 pengguna sedang dalam percubaan menggunakan perkhidmatan itu.

“Walaupun, mereka pada masa ini pada peringkat percubaan, kami menjangka dapat menukarkan mereka menjadi pelanggan tetap pada masa depan dan yakin jumlah pengguna bagi perkhidmatan ini akan terus meningkat,” katanya.

“Kami percaya sambutan terhadap perkhidmatan awan ini akan menjadi seperti sambutan terhadap perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, di mana dalam tempoh enam bulan pertama, kami hanya mencatatkan 33,000 pelanggan tetapi selepas dua tahun, pelanggan kami telah meningkat melebihi 300,000 orang,” jelasnya.

Mengenai perkembangan perkhidmatan UniFi, Zamzamzairani berkata, TM akan terus meluaskan liputan dan menyasar untuk mencatatkan jumlah pelanggan sebanyak 400,000 tahun ini.

Katanya, perkhidmatan itu ketika ini boleh didapati di 81 kawasan ibu sawat meliputi 1.2 juta premis.